Read Sara Kirana by Ramlah Rashid Online

sara-kirana

Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suaminya, Zulfakar dicerai tanpa sebab. Zahrin, adik Zulfakar mengahwini Maisarah....

Title : Sara Kirana
Author :
Rating :
ISBN : 9789833669174
Format Type : Paperback
Number of Pages : 448 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Sara Kirana Reviews

  • Cik Pah
    2018-10-18 09:04

    Laaa dah dapat isteri yang baik pun masih tak bersyukur. Zulfakar telah menceraikan Maisara pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ke2 setelah Sara diumpan keseronokkan dibawa berjalan-jalan buat pertama kalinya sebagai isteri. Sebenarnya pernikahan antara Maisara dan Zulfakar diatur oleh keluarga angkat Sara Puan Zulaikha dan Hj Salam. Kerana takut kehilangan Sara yang mirip arwah anak perempuan mereka, Zulfakar yang merupakan anak sulung dicadangkan berkahwin dengan Sara. Selama menjadi isteri Zulfakar, Sara tidak dilayani sebagai isteri yg selayaknya walaupun segala makan pakai dan urusan rumahtangga dibuat dengan seikhlas hati. Sejarah silam Sara semasa kecilnya didera ibu tiri menyebabkan dia sering ketakutan dan patuh dengan segala arahan. Sehinggalah berkahwin dgn Zulfakar, Sara terbawa-bawa sikap penurut dan kalut sehingga merimaskan Zulfakar yang berhajat mempunyai isteri yang manja dan boleh dibanggakan untuk dibawa kemana-mana. Bosan dengan isterinya yang dilihat sebagai babu , dia nekad menceraikan Sara setelah bertemu dengan Elly kekasih hati dan memenuhi kehendak Elly yang tidak ingin berkongsi kasih. Thumbs up untuk Ramlah Rashid kerana menghidupkan watak Sara sebagai isteri yang sempurna semasa dia masih bergelar isteri dan saat-saat akhir diceraikan. Sayu rasa hati apabila Sara masih menyediakan keperluan bekas suaminya untuk kegunaan tempoh sebulan sebelum dia meninggalkan istana impiannya pada hari diceraikan.Setelah diceraikan tanpa alasan yang kukuh, Maisara bangkit mengejar impiannya untuk menjadi penulis novel dengan meriwayatkan kisah hidupnya melalui pena Sara Kirana. Walau bagaimanapun manuskripnya telah diciplak oleh Diyana yang merupakan novelis tersohor. Melalui Afdline Ketua Editor syarikat Sezaman Enterprise merangkap bekas suami Elly, Sara sekali lagi diberi peluang menonjolkan bakat kreatif semulajadinya. Setelah 3 tahun berlalu Sara telah berjaya menjadi novelis dan Penolong Editor Majalah dibawah didikan Afdline yang menjadi sahabatnya. Melalui berita diakhbar, Sara dijejaki Zahrin adik Zulfakar yang menyimpan perasaan terhadap Sara selama ini.Hubungan kekeluargaan dengan keluarga angkatnya kembali bertaut apabila Zahrin yang pulang belajar dari luar negara menuntut janji setia Sara. Pada mulanya Puan Zulaikha tidak dapat menerima Sara semula sebagai menantu, tetapi disebabkan rajuk anak terpaksa juga pernikahan Zahrin dan Sara diteruskan. Dalam masa yang sama Zulfakar mula merindui layanan Sara yang menjaga makan pakai dan segala keperluannya kerana Elly yang dinikahi tidak pernah melayan dia sebaik Sara. Perhatian dia kepada Sara menyebabkan Zahrin mula panas hati. Sekali lagi Sara diuji. Kebahagiaannya hanya bertahan beberapa bulan sahaja apabila Zahrin ditimpa musibah diserang pesakit jiwa semasa dia sedang bertugas. Zahrin koma beberapa bulan dan peluangnya untuk hidup hanya 40%. Namun Sara tabah dan sentiasa menemani Zahrin dengan sabar. Zulfakar pula telah mengambil kesempatan memberi perhatian kepada Sara dalam keadaan Sara yang lemah dan berbadan dua. Kelakuannya menyebabkan ibu dan ayah bertambah rungsing dan rahsia Sara sebagai janda Zulfakar dihidu Elly. Apabila Zahrin sedar dari koma dia langsung mengabaikan dan menolak kehadiran Sara kerana cemburu dengan perhatian abangnya terhadap Sara. Dapatkah rumah tangga Sara dan Zahrin bertahan dengan sikap cemburu Zahrin dan Zulfakar yang gila talak?Happy ending.

  • Gobokairina
    2018-10-17 10:03

    SK bercerita tentang kisah seorang isteri; Maisarah [Sara:]. Sara berkahwin dengan Zulfakar kerana aturan keluarga angkatnya. Kalau ikutkan cerita, Sara ni sebenarnya telah dijual oleh ibu tirinya kepada keluarga Puan Zulaikha dan Haji Salam. Dek kerana wajah Sara yang seiras dengan anak perempuan keluarga ni yang baru meninggal dunia, maka Puan Zulaikha makin jatuh kasih. Niat tak mahu kehilangan ‘anaknya’ kali kedua, dia bertekad untul mengahwinkan anak sulungnya; Zulfakar dengan Sara.Menjalani kehidupan rumah tangga, Sara menjadi sebaik-baik isteri. Taat dan patuh pada suaminya namun itu tidak memadai buat Zulfakar. Dia mahukan isteri yang cukup sempurna serba-serbi. Aku kira mungkin perasaan hormat dan terlalu mengagungkan suami buat Zulfakar hanya memandang Sara tak ubah seperti teman serumah atau lebih tepat sebagai orang gaji. Malah Sara dianggap isteri yang terlalu membosankan. Kasihannya Sara! Zulfakar bertemu semula dengan Elly, bekas kekasihnya yang juga sudah berkahwin dengan seorang artis-penulis hehe Kasih lama bertaut kembali dan tanpa sebab yang kukuh Sara diceraikan. Pada Zulfakar Elly itu lebih mengujakan daripada menghadap muka Sara. Walaupun ada perasaan simpati dan kasihan pada Sara tetapi dia tetap sanggup meninggalkan Sara.Sara menghimpun perasaan kecewanya di dalam penanya. Meletakkan segala amarah, suka dan duka pada novelnya. Bangkit sebagai Sara Kirana, dia akhirnya membuktikan novelis tanpa ilmu juga boleh berjaya. Walaupun pada mulanya karyanya diciplak oleh penulis yang bernama besar tetapi Sara tak putus asa. Apatah lagi ada insan yang sering mendorongnya iaitu Zahrin; adik Zulfakar. Rupa-rupanya Zulfakar turut menyimpan rasa pada bekas kakak iparnya itu. Zahrin mencintai Sara sebelum dia menjadi isteri abangnya lagi. Namun belum sempat kasih dijalin, Zahrin ke luar negara untuk menyambung pelajaran.Benarlah jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Zahrin pulang setelah tamat belajar dan kini semakin berani menagih cinta Sara. Percintaan mereka memakan masa yang singkat sebelum mengambil keputusan mengakhirinya dengan ikatan yang halal. Janda bertemu teruna, bukan mudah untuk Zahrin memujuk ibunya. Namun kerana sayangkan anak, Sara diangkat menjadi menantu buat kali kedua. Konflik berlaku lagi, mana tak nya Zulfakar mula mencemburui hubungan mesra antara bekas isteri [adik ipar juga la...:] dan adiknya sendiri. Zahrin juga semakin rasa sensitif sebab dia tahu hubungan abangnya dan Elly bukan bahagia sangat. Alahai, kes cemburu Zahrin pun melampau sangat. Lebih tragik bila Zahrin ditimpa kemalangan dan menyebabkannya koma. Kasihan lagi pada Sara! Jadi, apa kesudahan cerita kahwin Sara? Setia menanti pada sang suami atau beralih pada bekas suami? Dalam novel ni ada terselit tip-tip penulisan dan bagaimana mahu melangkah ke dunia penulisan. Ia boleh dijadikan rujukan buat penulis baru. Azimat yang penting barangkali hik3 lalala5 ;D

  • azian2575
    2018-10-19 10:55

    'Sara' Maisarah & 'Arin' Zahrin

  • Hamidah
    2018-10-13 05:57

    2.5 bintang sebenarnya