Read Teman Roh by Muhammad Fatrim Online

teman-roh

Suraya, personaliti berita TV13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal, seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupunSuraya, personaliti berita TV13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal, seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupun tidak kerana Ryzal mahu Suraya membantu dalam usaha mencari jasadnya yang hilang.Mampukah Suraya memenuhi permintaannya? Siapakah yang bertanggungjawab atas kehilangan Ryzal? Apa pula kaitan nota figura rama-rama yang sering diterima dan TEMAN ROH tanpa diundang itu?...

Title : Teman Roh
Author :
Rating :
ISBN : 9789671199756
Format Type : Paperback
Number of Pages : 274 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Teman Roh Reviews

  • Asmar Shah
    2019-03-08 05:25

    1.9* untuk Teman Roh!Cover dan tajuk, gempak.Jalan cerita dan idea, boleh tahan.Cuma perkara yang menjatuhkan rating buku ini adalah narasi penceritaan yang sangat tak menyeronokkan dan buat pembaca baru belajar seperti aku mudah merasa kantuk. Kekadang rasa sakit hati nak baca. Macam nak baca dialog je sampai habis. Sebagai contoh, dialog dah tulis 'Nanti belanja aku ya' dan ayat selepas dialog itu boleh pula diletak 'Razib meminta belanja'. Aiyooo. Dan satu lagi, setiap dialog akan ditulis ucap Suraya, cakap Suraya dan blablabla. Takde idea untuk buat ayat yang lebih menarik sekali-sekala ke? Tapi...Inikan buku pertama yang ditulis oleh penulis tapi lambat untuk diterbitkan. Jadi mahu expect apa kan? Lagipun buku ini diterbitkan pada 2014 dan sekarang dah nak masuk 2018. So, buku ini masih masuk dalam kategori buku boleh layan. Cuma untuk ulang baca, mungkin aku kena berfikir dua-tiga kali dulu.Kalian tak nak cuba? Cubalah. Manatahu kalian akan suka?Peace!

  • Haziqah Idris
    2019-03-06 01:33

    ok. ini buku ke-2 yang aku baca dari Muhammad Fatrim selepas asrama, terbitan Fixi. Adik aku cakap Teman Roh ok sikit dari Asrama. Tapi aku merasakan macam tak ada kelainan. (ok, ada la lain sikit, jalan cerita lain)Pandangan aku:Muhammad Fatrim bagus bila buat cerita seram, sbb, bila aku baca sorang dalam bilik, aku selalu terkesan watak seram yg ada dalam buku nih; Melati. Dia berjaya buat hati aku berdebar-debar bila baca buku nih and Asrama. Aku rasa macam Melati or Ryzal perhatikan aku bila baca sorang-sorang. Yang tak berapa best bila semua konflik yg ada dalam cerita nih selesai dalam satu bab iaitu bahagian epilog. Kiranya, kalau orang paling malas nak baca buku nih pun, dia boleh baca epilog akhir nih boleh tau semua cerita. Tak payah susah payah nak baca dari awal. Yang lain, aku jarang jumpa bahasa pasar dalam buku nih, mungkin dia kos penulisan kreatif, so dah set dlm penulisan ada guideline tersendiri bila menulis. Jadi, bila baca, baca novel seram tapi gaya formal. hehe.

  • heril azwan
    2019-03-12 08:36

    jalan cerita ok, twist pn menjadicuma olahan agak kurang, terasa hambar.apapun tahniah penulis.

  • Ogy Yusof
    2019-03-15 07:36

    "kakak boleh tolong saya dapatkan kaki dan tangan saya balik kan?"ending yang macam nak mula satu cerita. kaitan dengan cerita asal ialah suraya boleh berkomunikasi dengan roh...seringkasnya, suraya didatangi oleh ryzal dalam bentuk roh yang meminta suraya mencari di manakah jasadnya berada. ryzal, seorang pelakon terkenal tanahair tiba2 hilang. bermula dari itu suraya sering menerima nota figura rama-rama. dalam pada mencari jasad ryzal, suraya ada diserang dan orang yang rapat dengan ryzal meninggal seorang demi seorang. akhir cerita, semuanya berkaitan dengan masa lampau dan dendam..yup, tabik Muhammad Fatrim. berjaya membaca pembaca berpusing-pusing satu semesta sehingga bertemu dengan pembunuh dan perancang sebenar. (ingatkan dah habis, rupanya perancangnya lagi bijak ya ayim..)serius, memang geram masa baca sebab terasa dipermain-mainkan. entah siapa yang betul entah siapa yang salah. unsur suspen rasa takde walaupun rasanya ada cuba nak digambarkan. kulit buku cantik dan suka jenis kertas yang digunakan. tahniah ayim!..

  • Ayman Hyeqal
    2019-03-13 01:32

    #Teman RohKarya Muhammad FatrimTerbitan ROMAN TR novel ke-4 penulis yg bertemakan thriller penyiasatan sedikit berbeza dgn ASRAMA yg bertemakan thriller seram, segalanya berpunca dari dendam lama yg membawa musibah, Suraya seorg pemberita yg sering menerima nota misteri, Suraya membaca berita mengenai Ryzal sorg artis popular yg hilang dan dipercayai tlh mati tp secara tak diduga Suraya bertembung dgn Ryzal yg tdk boleh dilihat oleh org lain, dlm tak sdr Suraya tlh bershbat dgn Ryzal dlm suka atau tdk krn Ryzal mahu Suraya membantunya mencari tubuhnya yg hilang ntah kemana, dlm itu semakin lama Suraya menyiasat kehilangan Ryzal satu persatu rahsia terungkai, mampukah Suraya dlm misi pencariannya yg juga hampir mengakibatkan nyawanya sendiri terancam? Anda harus baca, Siapakah dalang dlm miteri kehilangan Ryzal? Anda pasti tdk akan percaya siapa yg menjadi perencana utama kehilangan Ryzal, mengapa pula Ryzal yg menjadi mangsa? Anda harus baca, kerana dendam, sifat amarah berkuasa dlm diri manusia sanggup lakukan apa saja demi dendam yg membara, tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan naskah spt ini, anda pasti akan teruja membacanya hingga kenoktah akhir, dptkan segera dipasaran, anda tdk akan dpt merungkai jawapannya jika anda tdk smpi ketitik akhir, tahniah buat penulis# p/s ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza

  • Nur Ainn
    2019-02-23 08:22

    mngambil masa utk dihabiskn krn kekangan wktu.....keseluruhan jln crite ok,yg last skali tu aku agk utk mnjawab persoalan yg suraya mmg bleh berhubung dgn roh,hehe...